Text
Pulau Sebatik
Buku suntingan ini merupakan usaha sekumpulan
penyelidik yang mempunyai latar belakang latar kepakaran dan
disiplin yang berbeza namun berkongsi epistemic (worldview),
nilai dan kepentingan yang sama, iaitu untuk menyumbang
kepada masyarakat dalam bentuk akademik dalam usaha
menyuarakan isu-isu yang berkait dengan kepentingan
masyarakat agar ia dapat didengari dan difahami oleh
masyarakat dan pembuat dasar di negara ini. Dalam hal ini, para
penulis mempunyai pandangan yang sama iaitu telah tiba
masanya pulau Sebatik serta penduduknya yang selama ini
'termarginal' dari arus pembangunan untuk mendapatkan hak
pembangunan sama seperti yang diperoleh oleh kawasan lain di
negeri ini.
Tidak tersedia versi lain